Monday, September 28, 2009

Kenapa perlu facial?

Jika anda ingin memiliki kulit yang cantik dan kelihatan muda, anda perlu mendapatkan rawatan facial muka di butik-butik kecantikan yang diiktiraf. Sekurang-kurangnya setiap 4-6 minggu ataupun 4 kali dalam setahun. Facial perlu kerana ianya adalah rawatan deep cleansing / rawatan sempurna bagi kulit anda. Penjagaan sendiri dirumah, penggunaan produk-produk kecantikan sahaja tidak mencukupi bagi mendapatkan kulit yang cantik. Makanlah makanan yang berkhasiat dengan buah-buahan dan sayur-sayuran serta ulam-ulam. Minum air yang mencukupi setiap hari. Jangan lupa memakai uv protection/day cream/moisturiser/foundation pada kulit wajah bagi melindungi kulit dari anasir-anasir yang tidak baik yang boleh merosakkan pertumbuhan kulit anda. Sebarang kemusykilan datanglah bertemu beautician di Nursari untuk keterangan lanjut.

Rawatan Pengantin

Ramai bakal-bakal pengantin ingin mendapatkan nasihat bagi mendapatkan rawatan menghadapi hari yang penuh bermakna di dalam hidup mereka sebelum mengharungi alam rumahtangga. Di Nursari Beauty kami mencadangkan pakej belaian manja;
a. Sauna : untuk membuang lemak yang berlebihan disamping dapat mengurangkan bau badan termasuk baik untuk alat sulit wanita terutama yang mengalami masalah keputihan.
b. Body Scrub & Body Mask : untuk membersihkan kulit, memutihkan serta melembutkan kulit bakal pengantin. Mengurangkan kesan parut-parut lama. Membuang angin serta lemak yang berlebihan di dalam badan.
c. Hydro Spa : rawatan yang tercanggih yang mampu memberikan kesan yang baik bagi bakal pengantin yang stress untuk menghadapi hari perkawinannya. Rawatan ini boleh menghilangkan rasa sengal-sengal badan serta membuang toksid di dalam badan. Rawatan ini juga boleh menguwatkan otot vagina, menyelesaikan masalah keputihan serta menganjalkan payudara. Bau badan juga akan hilang.
d. Mandi Bunga : 3 hari sebelum melangsungkan perkawinan, bakal pengantin digalakkan mendapatkan rawatan mandi bunga bagi menaikkan seri bakal pengantin.
Bakal pengantin digalakkan untuk mengalami rawatan sebelum menaikki jinjang pelamin ini untuk mengenal diri sendiri. Perlu diingatkan peluang untuk menikmati alam anak dara hanya datang sekali. Selepas bergelar isteri perasaan tidak akan sama. Di Nursari, kami menyarankan agar semua bakal pengantin menjalani rawatan bakal pengantin kerana kita akan dapat merasai sendiri bagaimana perasaan serta keadaan badan selepas menjalani rawatan. Selepas bergelar isteri mahu pun ibu, kita akan tahu bagaimana ingin kembali semula seperti kita menjadi bakal pengantin...

Thursday, September 3, 2009

Facial Muka


Facial Muka
Bermula dari datang haid, wanita sudah perlu menjaga penampilan diri. Bahagian yang penting selain dari alat sulit ialah bahagian muka. Ini adalah kerana untuk menjaga penampilan diri, wajah yang selalu menjadi ukuran. Remaja yang sudah mengalami haid selalunya mengalami masalah jerawat. Ini terjadi adalah kerana berlakunya perubahan hormon di dalam badan. Di Nur Sari Beauty, kami menawarkan perkhidmatan facial muka bermula dari RM25 sahaja. Setiap masalah berkenaan dengan kulit boleh dibincang bersama beautician di Nur Sari Beauty.