Monday, September 28, 2009

Kenapa perlu facial?

Jika anda ingin memiliki kulit yang cantik dan kelihatan muda, anda perlu mendapatkan rawatan facial muka di butik-butik kecantikan yang diiktiraf. Sekurang-kurangnya setiap 4-6 minggu ataupun 4 kali dalam setahun. Facial perlu kerana ianya adalah rawatan deep cleansing / rawatan sempurna bagi kulit anda. Penjagaan sendiri dirumah, penggunaan produk-produk kecantikan sahaja tidak mencukupi bagi mendapatkan kulit yang cantik. Makanlah makanan yang berkhasiat dengan buah-buahan dan sayur-sayuran serta ulam-ulam. Minum air yang mencukupi setiap hari. Jangan lupa memakai uv protection/day cream/moisturiser/foundation pada kulit wajah bagi melindungi kulit dari anasir-anasir yang tidak baik yang boleh merosakkan pertumbuhan kulit anda. Sebarang kemusykilan datanglah bertemu beautician di Nursari untuk keterangan lanjut.

1 comment:

  1. saya suka facial...terima kasih atas tips.insyaallah boleh diamalkan..

    ReplyDelete