Friday, October 2, 2009

Pigmentasi


Pigmentasi adalah biasa di kalangan wanita asia, iaitu kawasan yang terdedah dengan cahaya UV yang tinggi. Pigmentasi adalah bahasa saintifik manakala jeragat atau kulit tidak sekata adalah biasa dikalangan wanita, ianya terjadi akibat kulit terdedah secara langsung di kawasan cahaya matahari yang berlebihan yang membolehkan kulit anda menghasilkan melanin yang banyak. Melanin adalah agen perlindung di dalam kulit tetapi boleh mengakibatkan kulit kelihatan bertompok. Pigmentasi / jeragat boleh merebak sekiranya anda berterusan terdedah kepada cahaya matahari dan tidak menggunakan sebarang produk bagi menghalang dari cahaya matahari secara terus menembusi kulit. Sekiranya tidak dibendung dari awal pigmentasi / jeragat tidak boleh diselamatkan. Ini adalah kerana pigmentasi tersebut sudah tebal sehingga ke lapisan dalam(dermis) kulit anda. Kulit lelaki lebih keras dari kulit wanita manakala melanin lelaki tidak seaktif wanita. Hanya 10% sahaja lelaki yang mengalami masalah pigmentasi. Wanita yang mengambil pil hormon, ada masalah tiroid, mengandung apabila terdedah kepada cahaya matahari lebih cendurung untuk mendapat pigmentasi. Kosmetik yang mengandungi merkuri boleh juga mengakibatkan kulit anda menjadi sensitif kepada cahaya matahari. Pengambilan ubat-ubatan dalam jangkamasa yang panjang juga boleh menyumbang pigmentasi. Oleh sebab itu pigmentasi boleh dilihat pada wanita yang berusia berbanding wanita muda. Cara pencegahan awal ialah selalu berkunjung ke spa yang bertauliah untuk mendapatkan nasihat. Gunakanlah UV protection / mosturiser / make up yang mengandungi UV protection untuk melindungi kulit anda. Ingat lapisan ozon semakin nipis, tiada lagi istilah cantik semulajadi.

Thursday, October 1, 2009

Bagaimana merawat kulit yang bermasalah?

Dapatkan beautician yang betul-betul mahir dalam mengendalikan pelanggan yang mempunyai kulit bermasalah. Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah mengenalpasti/skin analysis masalah kulit anda, selalunya berpunca dari perubahan hormon, kulit berminyak melampau, resdung, jangkitan kuman, implikasi dari pengambilan ubat-ubatan/jamu(panas) ataupun keturunan.
Ramai yang berfikiran dengan pengambilan produk yang mahal sahaja mampu menyelesaikan masalah mereka. Ataupun budaya terikut-ikut kawan dengan mengguna produk yang sama. Ingin diingatkan jenis kulit serta gaya hidup masing-masing adalah berbeza. Tidak semestinya kawan anda yang menggunakan produk yang sama akan mendapat hasil yang sama dengan anda. Di Nursari Beauty, kami menggalakkan anda menjalani proses skin analysis, extraction, di mana kami akan mengeluarkan semua blackheads, whiteheads, minyak berlebihan, agen-agen negatif di dalam kulit serta mematikan kuman yang menempel pada kulit anda. Setelah proses tersebut selesai kami akan menasihatkan anda bagaimana cara untuk menjaga kulit anda dari masalah berulang.
Anda juga dinasihatkan semasa menjalani rawatan sentiasa berfikiran positif untuk memulihkan kulit anda, tidak cepat berputus asa dan yakin. Selama 6 tahun pengalaman saya mengendalikan pelanggan seperti ini selalunya mereka tidak mahu mengeluarkan wang untuk merawat masalah kulit mereka dan mudah berputus asa.