Friday, October 2, 2009

Pigmentasi


Pigmentasi adalah biasa di kalangan wanita asia, iaitu kawasan yang terdedah dengan cahaya UV yang tinggi. Pigmentasi adalah bahasa saintifik manakala jeragat atau kulit tidak sekata adalah biasa dikalangan wanita, ianya terjadi akibat kulit terdedah secara langsung di kawasan cahaya matahari yang berlebihan yang membolehkan kulit anda menghasilkan melanin yang banyak. Melanin adalah agen perlindung di dalam kulit tetapi boleh mengakibatkan kulit kelihatan bertompok. Pigmentasi / jeragat boleh merebak sekiranya anda berterusan terdedah kepada cahaya matahari dan tidak menggunakan sebarang produk bagi menghalang dari cahaya matahari secara terus menembusi kulit. Sekiranya tidak dibendung dari awal pigmentasi / jeragat tidak boleh diselamatkan. Ini adalah kerana pigmentasi tersebut sudah tebal sehingga ke lapisan dalam(dermis) kulit anda. Kulit lelaki lebih keras dari kulit wanita manakala melanin lelaki tidak seaktif wanita. Hanya 10% sahaja lelaki yang mengalami masalah pigmentasi. Wanita yang mengambil pil hormon, ada masalah tiroid, mengandung apabila terdedah kepada cahaya matahari lebih cendurung untuk mendapat pigmentasi. Kosmetik yang mengandungi merkuri boleh juga mengakibatkan kulit anda menjadi sensitif kepada cahaya matahari. Pengambilan ubat-ubatan dalam jangkamasa yang panjang juga boleh menyumbang pigmentasi. Oleh sebab itu pigmentasi boleh dilihat pada wanita yang berusia berbanding wanita muda. Cara pencegahan awal ialah selalu berkunjung ke spa yang bertauliah untuk mendapatkan nasihat. Gunakanlah UV protection / mosturiser / make up yang mengandungi UV protection untuk melindungi kulit anda. Ingat lapisan ozon semakin nipis, tiada lagi istilah cantik semulajadi.